ILMU - AMAL - BAKTI

ILMU - AMAL - BAKTI

AJK & SENARAI TUGAS





SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


Pengetua/Guru Besar selaku Ahli Ex-Officio :



(1)    Mewakili pihak jabatan dan kementerian bagi mengawal dan menasihati PIBG supaya segala kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat PIBG tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah dan jabatan.
(2)    Secara automatik menjadi ahli PIBG dan menduduki Jawatankuasa tanpa dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung tetapi tidak terlibat dalam pengundian.
(3)    Mengambil tahu semua aktiviti PIBG dan melaporkan kepada Pendaftar Sekolah sekiranya terdapat sebarang kegiatan atau keputusan yang bertentangan dengan kaedah-kaedah penubuhannya.
(4)    Memastikan semua undangan tokoh untuk perasmian majlis anjuran PIBG mengikut prosedur pekeliling semasa.
(5)    Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pendaftar Sekolah berhubung dengan pengurusan PIBG sekolah masing-masing.

Tugas Yang Dipertua
1.       Menjalankan tugas berdasarkan perlembagaan PIBG.
2.      Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
3.      Memastikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa diadakan mengikut kehendak-kehendak Perlembagaan.
4.      Menandatangani minit-minit mesyuarat yang telah diluluskan.
5.      Menjadi salah seorang penandatangan cek-cek PIBG.
6.      Memastikan segala program PIBG induk dan biro-biro dilaksanakan seperti dijadualkan.
7.      Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan PIBG daripada Pengetua/Guru Besar selaku Ex-Officio.
Naib Yang Dipertua
(1)    Membantu Yang Dipertua dalam segala aspek perancangan pelaksanaan dan pengurusan PIBG.
(2)    Menjalankan tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
(3)    Menjadi pengerusi biro tertentu jika dilantik.
(4)    Menjalankan tugas-tugas yang ditentukan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa.
Setiausaha
(1)    Bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua urusan pentadbiran PIBG serta hal surat-menyurat biasa dan panggilan mesyuarat, mengadakan sistem fail yang kemas kini berhubung dengan pengurusan segala dokumen, risalah serta rekod-rekod PIBG.
(2)    Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat bersama Yang Dipertua dan Pengetua/Guru Besar selaku Ex-Officio serta menyediakan edaran untuk dibentangkan semasa mesyuarat.
(3)    Menyediakan Minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa dan mengedarkannya apabila diperlukan.
(4)    Menghantar maklumat/dokumen tertentu dari semasa ke semasa kepada Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri, misalnya senarai Jawatankuasa PIBG dan Minit Mesyuarat Agung selepas mesyuarat berkenaan.
(5)    Menjadi salah seorang penandatangan cek-cek PIBG.
(6)    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua dan Pengetua/Guru Besar selaku Ex-Officio dari semasa ke semasa.
Bendahari
(1)    Bertanggungjawab penuh mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan persatuan dengan menyedia dan menyimpan Kira-kira Kewangan yang kemas kini. Penyata Kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan (1 Januari-31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata Kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah Negeri selepas mesyuarat berkenaan.
(2)    Menguruskan kewangan persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa.
(3)    Menyimpan wang runcit tidak melebihi daripada RM……….., pada satu-satu masa, seperti yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
(4)    Menerima bagi pihak PIBG, semua derma atau sumbangan daripada ahli atau sumber-sumber lain, mengeluarkan resit akuan terima dan dibankkan pada hari yang sama.
(5)    Menandatangani bersama-sama Yang Dipertua atau Setiausaha semua cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.
Ahli Jawatankuasa
(1)    Menghadiri semua Mesyuarat PIBG dan Mesyuarat Biro yang berkenaan.
(2)    Membantu merancang segala aktiviti persatuan sama ada pada peringkat jawatankuasa atau biro-biro.
(3)    Membantu menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti persatuan dan berusaha melibatkan seberapa ramai ahli untuk menjayakannya.
Ahli PIBG
(1)    Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
(2)    Melaksanakan kerjasama yang erat kepada Jawatankuasa PIBG serta biro-biro yang ditubuhkan.
(3)    Berusaha memberikan sumbangan kewangan, material, idea dan tenaga dalam segala aktiviti PIBG.


BIL
JAWATAN DALAM PIBG
NAMA
1PENASIHATENCIK ZAMRI BIN HAMZAH
2YANG DIPERTUAENCIK ZAIRUL AZMIN BIN MUHAMAD ADANAN
3NAIB YANG DIPERTUAENCIK JERIDIN BIN KAMARUDDIN
4SETIAUSAHAENCIK NOR MOHAMED BIN ISMAIL
5NAIB SETIAUSAHAPUAN NORSHILA BINTI ROSLIN
6BENDAHARIENCIK ADZUAN REZZA BIN DAK
7AHLI JAWATANKUASAENCIK M C INDRA BIN PAIMAN
8AHLI JAWATANKUASAENCIK ISRABANI BIN YUSOF
9AHLI JAWATANKUASAENCIK WAN ZAKARIA BIN WAN EMBONG
10AHLI JAWATANKUASAPUAN ZAFAHALIFAH BINTI ISMAIL
11AHLI JAWATANKUASAENCIK YUSMAN BIN YAHYA
12AHLI JAWATANKUASAENCIK MD BENU BIN KASMIN
13AHLI JAWATANKUASAENCIK RAHMAN BIN MUHAMAD
14AHLI JAWATANKUASAENCIK. MUHAMMAD HASSAN BIN SUKIMAN
15AHLI JAWATANKUASAENCIK HANAFI BIN HAMDAN
16AHLI JAWATANKUASAPUAN MARYANI BINTI OMAR
17AHLI JAWATANKUASAPUAN NAFISAH BINTI AHMAD
18PEMERIKSA KIRA-KIRAPUAN ZABARIAH BINTI MD BAKRI
19PEMERIKSA KIRA-KIRAPUAN THEVI A/P MUNIANDY
20PEMEGANG AMANAHENCIK MOHD RAZALI BIN MOHD NOR
21AHLI JAWATANKUASAENCIK ABDUL KOSSIM BIN ABU
22AHLI JAWATANKUASAENCIK HASRUL BIN ABDUL HALIM
23AHLI JAWATANKUASAENCIK SAHARUDDIN BIN ABD. RAHMAN
24AHLI JAWATANKUASAPUAN ROSIAH BINTI RASUL
25AHLI JAWATANKUASAPUAN NOR RASYIDAH BINTI ABDUL RASIP
26AHLI JAWATANKUASAPUAN NORAIHAN BINTI MOHAMAD

No comments:

Post a Comment