ILMU - AMAL - BAKTI

ILMU - AMAL - BAKTI

MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Bil.1/2014


TARIKH : 13 APRIL 2014
HARI : AHAD
MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK TUNJUK LAUT

 1.    Ucapan Aluan Yang Dipertua Pibg (Ydp) :


1.1          YDP mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir ke mesyuarat agung kali pertama ini.

Untuk Makluman

1.2          YDP menyatakan bahawa ramai AJK yang tidak hadir dalam mesyuarat.

Untuk Makluman

2.    Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar) :

2.1       Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir.

Untuk Makluman

2.2       Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana menerima jawatan dalam AJK PIBG SK Tunjuk Laut.

Untuk Makluman

2.3       Penasihat berharap semua AJK dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan program-program sekolah. Penasihat juga meminta untuk AJK terlibat dalam Program Sarana Ibu Bapa.

Untuk Makluman

2.4       Penasihat berharap dengan adanya sumbangan yang disalurkan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah, semua program yang dijalankan akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Untuk Makluman

2.5       Penasihat menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa, boleh disumbangkan dalam pelbagai bentuk seperti tenaga, teguran, wang, idea dan banyak lagi. Pihak sekolah akan menerima setiap sumbangan dengan baik.

Untuk Makluman

2.6       Penasihat berkongsi beberapa program sekolah yang boleh dirancangkan bersama pihak PIBG. Antara program yang dirancang adalah :

2.6.1 Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1.   

2.6.2  Hari Penepatan Target (Tahun 6)

2.6.3 Majlis Permuafakatan Pelajar Tahun 5

2.6.4 Lawatan Penanda Aras

Untuk Makluman

2.7       Penasihat menyatakan bahawa pihak sekolah telah menerima sumbangan berbentuk wang RM100 daripada pihak pengurusan ladang.

Untuk Makluman

2.8       Penasihat menyatakan beberapa program sekolah yang telah dijalankan seperti membina line kuning di sepanjang kaki lima dalam kawasan sekolah. Hal ini adalah bagi mewujudkan kawasan sekolah yang selamat.

Untuk Makluman

2.9       Penasihat juga menyatakan bahawa terdapat lagi beberapa kawasan sekolah yang masih tidak selamat seperti lantai pecah, garaj kereta yang rosak dan pagar sekolah yang kritikal. Penasihat memohon bantuan tenaga AJK untuk Program Sarana Ibu Bapa bagi membentuk laluan keselamatan dalam kawasan sekolah.

Untuk Makluman

3.0       Program yang akan dijalankan bersama ibu bapa ialah program keceriaan sekolah iaitu Satu Pokok Satu Ibu Bapa. Selain itu, penasihat juga menyatakan hasrat untuk menaik taraf setiap wakaf yang ada di sekolah.

Untuk Makluman

3.1       Seterusnya ialah penglibatan Ibu Bapa dalam program Kunjung Kasih Murid Tahun 6.

Untuk Makluman

3.2       Penasihat menyatakan bahawa guru tahun 6 akan berkursus di AKLI anjuran JCorp.

Untuk Makluman

3.3       Kelas tambahan akan dijalankan dan guru yang mengajar mendapat imbuhan.

Untuk Makluman

3.4       Kelas tahun 6 akan dipecahkan kepada dua kelas supaya murid lebih mesra dan rapat dengan guru yang mengajar mereka.

Untuk Makluman

3.5       Penasihat mencadangkan sambutan Hari Guru dikelolakan oleh PIBG untuk semua guru.

Untuk Makluman

 

3.6       Penasihat menyatakan bahawa Sukan Tahunan Sekolah dan Merentas Desa akan di buat pada bulan Mei dan Jun.

Untuk Makluman

3.7       Hari Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada akhir tahun 2014. Hari anugerah ini memerlukan kos yang tinggi. Banyak kategori hadiah akan disediakan contohnya Anugerah Seri Perkasa. Pemilihan murid bagi menerima anugerah juga bukan dilihat melalui kecemerlangan akademik sahaja, malahan sahsiah, kokurikulum dan sumbangan terhadap sekolah. Hal ini sejajar dengan pendemokrasian pendidikan.

Untuk Makluman

3.8       Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah ditambahbaik oleh pihak KPM. Bentuk pentaksiran yang baharu juga pelaporan yang lain. (JU sekolah, En. Norazman bin Abd. Raman menjelaskan PBS).

Untuk Makluman

3.    Agenda :

3.1       Pengesahan minit mesyuarat lalu :

            Disahkan Oleh : En. MC Indra b. Paiman

            Disokong Oleh : En. Rahman b. Muhamad

Untuk Makluman

4.    Perkara Berbangkit :

TIADA

5.    Perbentangan Kewangan :

5.1       Rujuk Lampiran Kewangan.

Untuk Makluman

5.2       En. Wan Zakaria meminta penjelasan mengenai wang keluar masuk dalam akaun PIBG. En.Adzuan Redza memberi maklum balas.

Untuk Makluman

5.3       Pertukaran tandatangan cek PIBG kepada YDP yang baharu akan dibuat dalam masa terdekat. Pengerusi En Zairul Azmin telah menyatakan hal berkaitan pertukaran penanda tangan akauan PIBG dan memutusakan penama-penama yang berwajib bagi urusan akaun PIBG ialah :

                                      i.        ENCIK ZAIRUL AZMIN BIN MUHAMAD ADANAN (Yang Di-Pertua)

                                      ii.       ENCIK ADZUAN REZZA BIN DAK (Bendahari Kehormat)

                                     iii.       ENCIK NOR MOHAMED BIN ISMAIL@SANDARI (Setiausaha Kehormat)

            Semua Jawatankuasa bersetuju bagi setiap pengeluaran, pewajib adalah YDP dan 2 lagi adalah pilihan salah satu. (Setiausaha atau Bendahari)

Untuk Makluman

 

6.    Usul Berbangkit Mesyuarat Agung PIBG Ke 30

            6.1       Kelas Tambahan Tahun 5

6.1.2      Maklum balas penasihat :

6.1.2.1  Penasihat menyatakan bahawa keputusan peperiksaan kritikal.

6.1.2.2  Keperluan kelas tambahan tahun 5.

6.1.2.3  Set soalan peperiksaan diberikan semasa kelas tambahan.

6.1.2.4  Ramai murid gagal dalam peperiksaan matematik. Maklum balas daripada guru, murid tidak menjawab soalan yang diberikan.

6.1.2.5  Langkah penambahbaikan ialah wujudkan majlis permuafakatan.

Untuk Makluman

 

6.1.3      En. MC Indra memberi pendapat bahawa dalam kelas tambahan, lebihkan kepada teknik menghafal dan teknik menjawab soalan.

Untuk Makluman

6.2    Adakan kuiz dan bacaan sifir pada waktu terluang pagi dan perhimpunan. Pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut telah dijalankan.

Untuk Makluman

 

6.3    Mural di sekitar sekolah telah dijalankan iaitu di kawasan kantin dan pejabat sekolah. Hal ini adalah inisiatif terhadap program menceriakan sekolah.

Untuk Makluman

 

6.4    Kelas tambahan pada waktu malam. (Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung yang lalu).

Untuk Makluman

6.5    Sukan selepas peperiksaan. (Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung yang lalu).

Untuk Makluman

 

6.6    Sesi perbincangan prestasi murid. (Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung yang lalu).

Untuk Makluman

 

6.7    Sukatan awal untuk latih tubi. (Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung yang lalu).

Untuk Makluman

 

6.8    LINUS. (Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung yang lalu).

Untuk Makluman


7.    Penyampaian Watikah Ajk 2014/2015

            7.1 Watikah pelantikan AJK PIBG telah disampaikan oleh Encik Zamri Bin Hamzah Guru                  Besar SK Tunjuk Laut

8.    Hal-Hal Lain

8.1       YDP memohon semua AJK mengisi nombor telefon dalam borang yang diedarkan.

Untuk Makluman

8.2       YDP memberikan makluman bahawa terdapat seorang pengurus kilang yang baharu ditugaskan. Pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada beliau.

Untuk Makluman

8.3       YDP menyatakan bahawa 2 minggu selepas menyuarat, minit dikeluarkan kepada YDP.

Tindakan SU PIBG

8.4       Pelantikan AJK KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa). Terdiri daripada 4 orang guru dan 5 orang ibu bapa.

Untuk Makluman

8.5       Pelantikan AJK Biro Maklumat terdiri daripada seorang wakil ibu bapa dan seorang guru iaitu Encik Israbani bin Yusof dan Encik Hasurl bin Abdul Halim

Untuk Makluman

8.6       Perbentangan PBS oleh En. Norazman Bin Abd. Raman.

Untuk Makluman

8.7       Penasihat menyatakan bahawa KWAPM akan diagihkan pada 14 April 2014. Tujuan KWAPM adalah bagi membantu murid-murid yang berpendapatan rendah dan jika wang sumbangan tersebut disalahguna, pihak sekolah akan menukar kaedah pemberian wang tersebut.

Untuk Makluman

8.8       Seramai 27 orang murid telah menerima Rancangan Makanan Tambahan. Pencalonan bagi murid RMT adalah pada bulan September.

Untuk Makluman

8.9       En. Md Benu menyatakan bahawa gejala ponteng semakin berleluasa dalam kawasan ladang. Beliau meminta maklum balas daripada pihak sekolah bagi membendung masalah ini. En. Adzuan memberi maklum balas, jika ternampak murid yang ponteng sila maklumkan kepada pihak sekolah dalam kadar segera. En. Wan Zakaria memohon supaya nombor telefon guru disiplin diberikan kepada AJK agar dapat memaklumkannya terus jika berlaku masalah ini.

                                                                                                            Tindakan AJK PIBG

8.10     En. Hassan mencadangkan supaya pihak AJK meletakkan tabung sumbangan terhadap pembangunan sekolah di setiap waktu gaji bagi menjana pendapatan tambahan.

Tindakan AJK PIBG

8.11     En. Wan Zakaria memberi cadangan supaya wang PIBG menggunakan akaun ASB agar dapat menikmati dividen dengan lebih tinggi. En. Adzuan menyatakan bahawa ASB memerlukan tempoh untuk matang.

Tindakan AJK PIBG

8.12     En. Wan Zakaria memohon pihak sekolah menyatakan ranking sekolah dalam daerah. En. Wan Zakaria juga memaklumkan bahawa, kedatangan AJK dalam mesyuarat adalah wajib. Pihak guru perlu hadir 100% manakala pihak ibu bapa harus memaklumkan kepada AJK yang lain mengenai mesyuarat.

Untuk Makluman

8.13     En. Wan Zakaria juga memaklumkan bahawa anak beliau kurang minat terhadap PNP. Beliau memohon pihak sekolah untuk memupuk minat belajar murid. Beliau mencadangkan yuran PIBG dibayar pada awal tahun agar dapat digunakan dengan sebaiknya. Beliau mencadangkan kursus motivasi kepada murid-murid seperti membuat lawatan ke ladang bagi member pendedahan kepada murid-murid mengenai kesusahan dalam mencari rezeki dan seterusnya meningkatkan motivasi murid.

                                                                                                Tindakan Pihak Sekolah

8.14     Penasihat memberi maklum balas terhadap persoalan yang telah dinyatakan. Yuran PIBG telah ditetapkan dalam surat pekeliling bahawa yuran PIBG tidak boleh dikutip sebelum 1 April. Rank sekolah adalah dalam kelompok A iaitu 1653 buah sekolah terbaik. Cadangan lawatan ke ladang adalah baik dan akan dipertimbangkan kerana menerapkan kaedah pembelajaran secara kontekstual. Kekurangan minat murid dalam pembelajaran adalah kerana kekangan daripada peralatan bantuan mengajar.

 Untuk Makluman

8.15     Ustaz Nor Mohamed memohon AJK PIBG memberikan gambar untuk diletakkan dalam carta organisasi. Makluman mesyuarat akan dimaklumkan melalui emel dan sms. Kesesuaian waktu mesyuarat adalah pada jam 3.30 petang. Beliau memberikan pendapat mengenai Seminar Keibubapaan bagi membendung masalah ponteng dan masalah disiplin dengan kerjasama PIBG sekolah, Sekolah Agama dan Masjid Pasir Panjang.

Tindakan AJK PIBG

10.4     Cadangan mesyuarat yang akan datang ialah pada 11 Mei 2014.

 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.05 petang.

No comments:

Post a Comment