ILMU - AMAL - BAKTI

ILMU - AMAL - BAKTI

Wednesday 9 July 2014

INFO TERKINI

1. Siaran Yuran PIBG


Yang dihormati,
Ibubapa / Penjaga Murid,
SK Tunjuk Laut,
81900 Kota Tinggi.

 
Tuan/Puan,

 KUTIPAN YURAN PIBG DAN LEMBARAN KERJA 2014

 Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PIBG ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa Mesyuarat Agung PIBG yang telah diadakan pada 13 Mac 2014 yang lalu telah sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan yuran PIBG seperti berikut :

2.1   Yuran PIBG (setiap keluarga)                                   RM 30.00
                  2.2   Lembaran Kerja (setiap murid)                                 RM 20.00
                                                            Jumlah                                   RM 50.00

 3.         Bayaran ini hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing sebelum atau pada 15 Mei 2014. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Adzuan Rezza bin Dak
(Bendahari Kehormat PIBG) di nombor 019-4173042. Sila abaikan surat ini sekiranya pihak tuan/puan telah membuat bayaran tersebut.

 4.         Kerjasama dan sokongan daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 
“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ”


2. JEMPUTAN KE PERTANDINGAN BOWLING & JAMUAN HARI GURU


AJK Persatuan Ibubapa dan Guru,
SK Tunjuk Laut,
81900 Kota Tinggi.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN BOWLING & JAMUAN SEMPENA HARI GURU 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti

butiran yang berikut:

                        Tarikh              :           08 Mei 2014 (Khamis)
                        Masa               :           4.00 petang.
                        Tempat            :           Pusat Bowling Today’s Mall Ulu Tiram
                        Tempat Jamuan :       Lagi Best BBQ & Steamboat, Taman Gaya
                        Bayaran          :           RM 30.00
                 
3.         Agenda Program:

4.00 petang     : Berkumpul di Today’s Mall
                     4:15 petang     : Taklimat Pertandingan
                     4.30 petang     : Pertandingan bermula
                     7.00 petang     : Tamat Pertandingan
                     8.00 malam     : Jamuan Makan malam di Lagi Best BBQ & Steamboat.

4.         Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi menjayakan program dan kemajuan PIBG sekolah.

 
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment