ILMU - AMAL - BAKTI

ILMU - AMAL - BAKTI

Wednesday 9 July 2014

SARANA PIBG




Objektif

Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah.

 

Anak  hanya berada di sekolah 15% daripada masanya. Sebahagian daripada 52%masanya di rumah dan komuniti boleh digunakan untuk belajar supaya wujud kesinambungan amalan pembelajaran.

 

6 Peranan Ibu Bapa :

1. Jurulatih - menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah

2. Mentor – menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan,   menunjuk cara dsb.

3. Penyokong – menyokong, mempertahan, meyakinkan anak

4. Sentiasa bermaklumat – terkini dengan apa yang berlaku di sekolah

5. Menjadualkan kehidupan – mengatur kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia

6. Sahabat remaja – mendampingi anak remaja sebagai sahabat

Berubah dari Sistem Persekolahan kepada Sistem Pembelajaran

  Sistem Persekolahan: Pembelajaran berlaku di sekolah

  Sistem Pembelajaran: Pembelajaran berlaku di mana-mana – sekolah, rumah dan komuniti.

SSistem Pembelajaran memerlukan kerjasama pendidik, ibu bapa dan komuniti supaya dapat menyediakan persekitaran yang menyokong pembelajaran

  Sistem Pembelajaran berupaya menghasilkan pelajar cemerlang


4 isu :

Penyediaan suasana pembelajaran di rumah

  ruang belajar, jadual belajar, keselesaan, kekemasan & buku rujukan

Interaksi sosial dengan anak

  berbual, makan, beraktiviti, awasi pergerakan anak & memberi pendidikan agama/moral

Komunikasi dengan anak

  berbincang mengenai pelajaran, mendengar cerita sekolah dari anak, mengawasi kerja rumah, mengambil tahu perancangan aktiviti anak & saling bertukar fikiran

Sokongan terhadap kecemerlangan anak

  pujian dan rangsang, dorongan dan motivasi, aktiviti membaca, membimbing kerja rumah & memberi kelas tambahan (jika perlu)

Peningkatan penglibatan ibubapa dalam aktiviti sekolah seperti :

ü  Hari Pendaftaran Tahun 1/ Tingkatan 1

ü  Hari Penetapan Target

ü  Hari Pelaporan

ü  Mesyuarat Agong Tahunan PIBG

ü  Hari Sukan

ü  Hari Ucapan/Penyampaian Hadiah

No comments:

Post a Comment